7.18.2008

Bersua MamaDalina : Kawan Baik Ibu Di LCCT

Ibu ada seorang kawan rapat yang dikenali sejak sekolah rendah di SRI Sri Abim. Selepas itu mereka hanya bersama sehingga tingkatan 3 sebelum memilih sekolah menengah yang berbeza namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka terus berhubung antara satu sama lain sehinggalah sekarang ini. Mama Dalina sedang menghabiskan pengajiannya di peringkat Master di Universiti Melbourne, Australia dalam jurusan senibina. Betul ke saya pun tak pasti sebenarnya. Beliau juga yang mengilhamkan nama Humaira untuk saya. Kredit untuk beliau! Lalalalalalalala!

Beliau telah kembali ke Malaysia baru-baru ini untuk 2 tujuan iaitu

1) Menghadiri Perkahwinan Kakaknya

2)Bertemu Ibu Dan Saya

Namun tujuan yang kedua itu hampir tidak dapat dipenuhi kerana rutin beliau yang sibuk dengan kenduri tambahan pula ibu dan saya berpantang di Jelempok, Arau, Perlis. Ia memerlukan komitmen masa dan tenaga untuk berkunjung ke Perlis dari Melaka. Jadi setelah ibu dan saya pulang ke Bangi, beliau sudah pun ingin pulang ke Melbourne dan tidak sempat untuk mengunjungi saya dan ibu. Ibu memujuk abah untuk ke LCCT (memandangkan LCCT itu hanya setengah jam perjalanan dari Bangi) berjumpa dengan beliau kerana menurut ibu hanya tahun hadapan beliau akan pulang ke Malaysia. Abah saya yang 'sporting' ini pun menurut sahaja.


Jadi kami bertolak dari rumah pada pukul 7.30pagi dan sampai di sana pada pukul 8.30pagi (lambat sedikit sebab 'jam'). Setelah sampai saya dan ibu pun dapat bersua muka dengan Mama Dalina dan keluarga di McDonalds. Bukan itu sahaja saya juga telah dihadiahkan dengan sehelai baju T yang dibeli di Melbourne. Terima kasih ya! Setelah lebih kurang 1 jam pertemuan kami sekeluarga pun meminta diri untuk pulang. Semoga ibu dan Mama Dalina akan sentiasa menjadi kawan rapat sampai bila-bila! Jangan lupa bertandang ke rumah apabila pulang ke Malaysia nanti!

1 komen:

dalina said...

salam humaira.
mamadalina hepiii sgt2 jpe maira-(mintak izin ibu n abah nk pgl 'maira' ye)(ibu n abah kena luluskan jgk sb den yg bg namo dio nih)

tshrt tu pki smp x muat tau.hehe.comelnye tshrt tu.nt maira pki,lps tu mntk abah ke ibu ke amik gamba,lps tu bg besfren ibu ni tgk.yey!

maira nt ckp thx kat ibu yek,sbb bjaye memujuk abah drive ke LCCT pg2 tu.siannn maira x mndi lg.tgh2 syok tdo lam ujan,kene kejut plak tu.shiannn.n ckp thx kat abah jgk sbb die sgh supporting!

ok.pnjg lak komen kt sini.ala2 mcm blog sendri plak.eheheh.
tata,comel2 selalu ekk.hee!