
Salam semua,
Dah lama tak update kan blog ini, mesti semua grandparentku surf tiap2 hari nak tengok berita terkini. Abah cakap dia sibuk nak tolong update. Abah janganlah malas²!
Rambut Aisha dah boleh ikat dua, dah boleh duduk sendiri.
Sekarang ini Aisha bila nak pergi jalan-jalan mesti rambut dia didandan cantik dan diikat cabang dua. Aisha pun dah boleh duduk sekarang walaupun agak tak stabil lagi hehe.. Aisha pun dah pandai main cak! cak! dengan ibu dan abah. Semalam masa on the way balik dari KLCC Aisha main cak ! cak! dengan Neneknya.....


Pergi KLCC bersama dengan nenek & maklang Salma!
Nenek ada seminar di Kuala Lumpur jadi ambil masa bercuti sampai hari jumaat. Boleh lah luangkan masa dengan Aisha sebab Aisha dah lama tak jumpa nenek. Semalam ikut nenek & mak lang Salma pergi KLCC, nenek belanja makan kat Manhattan Fish . Hmmm, sedapnya! Saya dapat makan nasi je itu pun kutip atas meja hahahaha.... Terpaksa balik dari KLCC dengan cepat2 sebab diorang nak tutup lampu menyambut seruan earth hour!










Balik dari KLCC singgah rumah no 8 jap sebab nak jumpa Tok Manaf yang baru sampai dari Johor Bahru sebab besok pagi Ahad Tok Manaf dah nak balik Terengganu! Sibuknya Tok & Nenekku ini. Takpe abah & ibu dah janji nak bawak saya gi jalan-jalan ke Terengganu duduk kat rumah baru yang cantik tu. Bila tu kena tanye balik la ibu n abah.





1 komen:
tahniah aisya, da bole duduk sendiri ye.. nanti bole try jalan plak k :)
Post a Comment