12.28.2011

Pos terakhir untuk 2011

Assalamualaikum wbt,

Sejak akhir-akhir ini, Ilyas dah tak mahu tidur dalam buaian. Bila hantar nurseri pun sama, dia tak mahu tidur dalam buaian. Tidur terlentang pun tak mahu. Tapi dia suka tidur meniarap macam gambar kat bawah. Bahagian positifnya, tidur Ilyas lebih lena/nyenyak dan tidak terganggu. Disamping itu, orang-orang tua cakap perut tak kembung. Ada yang cakap bagus untuk perkembangan otak dan sebagainya. Namun, kesan negatifnya, ada kajian yang di buat di US, salah satu langkah pencegahan untuk menghindar Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) adalah dengan mengelakkan posisi tidur meniarap. Sila rujuk SINI untuk informasi.

Abaikan air liur basi ilyas tu ya..!!
Setelah membuat sedikit reseach dan bertanya kawan-kawan yang bergelar doktor ni. Diorang cakap tiada masalah cuma pastikan tilam tidak terlalu fluffy sehingga menenggelamkan muka bayi. Lagi pun SIDS itu berkemungkinan berlaku pada bayi yang berusia 4 bulan dan ke bawah sebab masih belum berupaya untuk menggerakkan kepala sepenuhnya.

Kesimpulannya, Ilyas boleh tidur meniarap tapi mestilah dibawah pengawasan ibubapa dan penjaga di nurseri. Sekian dulu tips keibubapaan buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan! Wallahua'lam.

0 komen: